Kad Perubatan PruBSN | Bandingkan Pilihan & Dapatkan Sebut Harga Semasa

Medical Card Dah Jadi
Keperluan Sekarang.

Tapi , Yang Mana
Paling Terbaik?

Banyak Pilihan Medical Card
Mohon Semakan Percuma

Biar saya ajukan satu soalan ringkas…

Jika diberi pilihan, adakah anda rela mencarum serendah RM79 sebulan, atau sanggup menghabiskan simpanan RM100k tunai sekelip mata? Mana satu pilihan bijak?

Selepas meneliti realiti sebenar di bawah, anda pasti akan bertindak segera. 👇

Inflasi Kos Perubatan

Inflasi Kos Perubatan

Kos kesihatan melambung 15% setiap tahun! Rawatan berharga RM5,000 hari ini bakal mencecah RM6,000 tahun hadapan.

Giliran Menunggu Yang Panjang

Giliran Menunggu Yang Panjang

Giliran untuk pembedahan di fasiliti awam mungkin memakan masa berbulan-bulan. Mampukah anda menahan derita setiap hari sambil menunggu?

Masih Perlu Keluar Duit Sendiri

Masih Perlu Keluar Duit Sendiri

Tidak semua ubat atau alat perubatan ditanggung sepenuhnya oleh subsidi kerajaan. Ada kalanya anda tetap perlu mengeluarkan wang poket sendiri.

Membebankan Kewangan Keluarga

Membebankan Kewangan Keluarga

Elakkan dari membebankan orang tersayang. Mereka juga ada komitmen kewangan dan kelangsungan hidup yang perlu ditanggung.

Lebur Simpanan Hari Tua

Lebur Simpanan Hari Tua

Bermalam di wad untuk 3 hari sahaja sudah meragut ribuan ringgit. Rawatan berterusan mampu melesapkan simpanan seumur hidup anda sekelip mata.

PERBANDINGAN ANGGARAN KOS: SWASTA VS KERAJAAN

Jadual Perbandingan Kos Swasta dan Kerajaan

Medical Card Sebenarnya BUKAN Untuk Mereka Yang Sedang Sakit

Pelan kad perubatan mesti dilanggan ketika kita masih bertenaga dan sihat. Tujuannya sebagai benteng kewangan yang utuh saat musibah rawatan tiba.

Maka, janganlah melengahkan masa sehingga penyakit datang baru sibuk mencari perlindungan.

Bilakah Waktu Paling Tepat Memiliki Takaful?

Ketika Tubuh Masih Sihat Walafiat.

Kerana apabila kesihatan terjejas, kelulusan permohonan anda mungkin ditolak. Takaful adalah payung persediaan, bukan ubat selepas demam.

Bila Masa Terbaik
Kesihatan hari ini

Kesihatan Anda Hari Ini Mungkin Tidak Sama Pada Tahun Hadapan.

Ramai beranggapan pelan Takaful boleh ditangguh dan diambil bila-bila masa. Walhal, kelulusan permohonan bersandar seratus peratus kepada rekod kesihatan semasa anda.

“Renungkan sejenak, masa depan perlindungan kewangan keluarga anda bergantung pada keputusan anda hari ini.”

Hari Ini Anda Mungkin Sihat. Tetapi…

ESOK ?
MINGGU DEPAN ?
BULAN DEPAN ?
TAHUN DEPAN ?

Pernahkah anda temui realiti ini :

KEMARIN masih bergelak ketawa, HARI INI tiba-tiba terlantar diuji sakit.

Masa depan kekal menjadi rahsia-Nya 😔

“Mustahil Benda Ni Jadi Dekat Aku…”

Sering kali kita menyedapkan hati sendiri. Ironinya, ujian tidak pernah menjanjikan tarikh. Saat ia menjelma, bukan sahaja fizikal merana, malah kewangan keluarga bakal ranap tanpa payung persediaan.

Hasil Titik Peluh Bertahun Boleh Lenyap

Angka kos rawatan di Malaysia menaik saban tahun. Duit tabung kecemasan untuk 10 tahun boleh mengewap dalam masa seminggu rawatan rapi. Adakah kita sanggup korbankan masa depan keluarga demi bil perubatan?

Gaya Hidup Berkembang,
Polisi Takaful Anda Wajib Disemak Semula!

Alat peranti lama sudah pasti usang hari ini. Sama juga dengan pelan Takaful anda; had perlindungan sepuluh tahun lepas mungkin tidak lagi relevan untuk menampung inflasi perubatan (Medical Inflation) zaman sekarang.

Takaful Review
Bantu Saya Semak Semula Pelan Sedia Ada

Mengapa Anda Wajib Miliki Medical Card Mulai Sekarang?

Rawatan Khusus Pakar Perubatan

Nikmati kualiti perkhidmatan tertinggi dan pemerhatian rapi terus dari doktor pakar yang berkaliber mengikut tahap kesihatan anda.

Kelebihan Akses Hospital Swasta

Dapatkan keistimewaan memilih salah satu dari 150+ rangkaian hospital panel PruBSN untuk jaminan keselesaan optimum.

Penyelamat Bebanan Kewangan

Bertindak sebagai perisai daripada membocorkan simpanan peribadi anda bagi melunaskan bil-bil perubatan yang sentiasa melambung.

Pelihara Masa Depan Keluarga

Wang pendidikan anak-anak dan tabung persaraan anda akan terjamin selamat tanpa perlu diusik untuk menampung kos hospital.

Proses Kelulusan GL Yang Cekap & Pantas

Pada saat kecemasan genting, masa adalah nyawa. Bukti jelas Guarantee Letter (GL) PruBSN diproses sepantas kilat.

35 MINIT

Kes: Kelulusan Malam

Request: 9:02 PM
Approved: 9:37 PM
GL Approved
3 MINIT

Kes: Kelulusan Kilat

Request: 3:40 PM
Approved: 3:43 PM
GL Approved Fast

Rekod Tuntutan Pampasan Sebenar

Alhamdulillah, perlindungan PruBSN telah tampil menanggung bebanan kos rawatan kritikal pelanggan kami.

KES JANTUNG ISKEMIA

Jumlah Bil Rawatan
RM 43,998.40

Jumlah Bil: RM 43,998.40
Tanggungan PruBSN: – RM 43,611.31
Bayaran Pesakit: RM 387.09
Pre Auth Letter RM43k
DEMAM VIRAL & CIRIT BIRIT

Warded 3 Hari
RM 3,199.00

Jumlah Bil: RM 3,199.00
Tanggungan PruBSN: – RM 2,877.00
Bayaran Pesakit: RM 322.00
Pre Auth Letter RM3k

Kini Anda Semakin Jelas

Kritikalnya Fungsi
Sebuah Kad Perubatan

Walau bagaimanapun, pasti ada sedikit kemusykilan di fikiran…

“Pelan manakah yang paling ideal dan tidak membebankan komitmen bulanan aku?”

“Polisi ini betul-betul tanggung semua bil ke kalau masuk dewan bedah?”

“Adakah had limit pelan ini mencukupi untuk melindungi keluarga aku kelak?”

Lelaki Bertanya
Haqq Logo

Masih Keliru Memilih Pelan Kad Perubatan Yang Tepat?

Bertenang. Biar Saya Bimbing Anda.

Assalamualaikum. Nama saya Amir Yusri. Berbekalkan pengalaman lebih 7 tahun di dalam industri takaful, saya telah menyantuni dan menasihati lebih 2,000 pelanggan.

Berbagai rekod tuntutan pampasan dan perubatan telah berjaya saya selesaikan, sekaligus membuktikan hak serta keselesaan setiap pelanggan saya sentiasa diutamakan.

Hakikatnya, takaful perlulah dimohon. Wang seribu ringgit sebulan tiada nilainya jika permohonan anda ditolak akibat sejarah rekod kesihatan yang merosot. Dapatkan pelan perlindungan terbaik untuk menjaga anda sementara masih sihat.

Amir Yusri

Macam mana nak Apply Medical Card ni ? Mudah je ..

Siapkan perlindungan kewangan yang utuh demi masa hadapan yang damai. Jangan membiarkan ruang untuk penyesalan saat musibah tiba.

Langkah 1

Isi maklumat yang diperlukan di ruangan borang bawah. Saya akan buatkan proposal & quotation khas yang menepati bajet kewangan peribadi anda.

Langkah 2

Sesi konsultasi secara bersemuka atau secara online meeting di google meet/zoom, agar anda benar-benar faham dan yakin sebelum membuat keputusan.

Langkah 3

Buat pembayaran ke akaun rasmi Takaful PruBSN. Polisi anda akan segera aktif dan saya akan menguruskan sebarang pertanyaan mahupun tuntutan anda kelak.

JOM SAYA SEDIAKAN QUOTATION UNTUK ANDA

Lengkapkan maklumat di bawah. Proposal istimewa akan dipersiapkan khas untuk tatapan anda tanpa sebarang komitmen.

Maklumat yang diserahkan dikawal selia rapi dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan rundingan secara peribadi di WhatsApp.

MASIH RAGU-RAGU ? TAKAFUL PRUBSN NI OK KE ? 🤔

PruBSN Takaful Star Awards

PruBSN adalah the best family operator takaful No. 1 di Malaysia & 13 tahun berturut-turut memenangi TAKAFUL STAR Awards

SOALAN LAZIM

Macam mana nak sign up untuk ambil medical card ?

Klik je logo WhatsApp saya, dan saya akan bantu anda pilih pelan terbaik ikut keperluan dan bajet. Konsultasi adalah PERCUMA.

Medical card PruBSN perlu surat refferal dari klinik panel ke bila perlu masuk hospital ??

Tak perlu surat refferal doktor. Bila anda sakit, boleh terus ke hospital & doktor akan uruskan Permohonan GL anda.

Kalau saya ada penyakit sedia ada, masih boleh mohon ke?

Boleh cuba mohon, tapi bergantung pada jenis penyakit. Ada yang boleh cover dengan waiting period, ada juga yang akan dikecualikan. Biar saya semak untuk anda.

Medical card ni boleh guna di semua hospital swasta ke?

Ya, boleh guna di panel hospital swasta yang berdaftar. Ada ratusan hospital seluruh Malaysia — termasuk KPJ, Gleneagles, Pantai, Sunway dan banyak lagi.

Kalau saya tak guna langsung medical card tu, duit tu burn ke?

Sebenarnya tak burn. Medical card disertakan sekali dgn simpanan. Kalau tak pernah guna, anda & waris tetap dapat manfaat bila tiada nanti.

Anak-anak kecil pun boleh ambil medical card ke?

Anak seawal usia 2 minggu pun boleh dapat pelindungan. Lagi awal kita ambil, lagi murah harganya, dan lagi tenang hati kita.

Medical card ni untuk apa sebenarnya?

Medical card digunakan untuk tanggung semua kos rawatan bila kita masuk hospital — termasuk bilik wad, pembedahan, rawatan sebelum & selepas masuk hospital, dan juga kos ubat. Senang cerita, untuk setel bill hospital.

Mohon Semakan Kelayakan

Sebut Harga Percuma

Semak Sekarang